Sunday, 26 May 2013

6 Hak Muslim ke Atas Muslim yang Lain ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... :)
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Alhamdulillah dapat lagi menyebut nama dan memuji nama Allah... Alhamdulillah.. !!
Insya-Allah hari ini saya ingin mengongsikan satu lagi hadith Rasulullah S.A.W..
ni dia..
“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.” Bertanya para sahabat: “Apakah ia wahai Rasulullah?” Bersabda Baginda: “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
apa dia? saya senaraikan..
1)Apabila bertemu ucapkanlah salam
2)apabila dijemput, datanglah
3)apabila diminta nasihat, maka nasihatilah dia
4)Apabila dia bersin dan dia mengucapkan 'alhamdulillah' maka doakanlah dia.
5)Apabila dia sakit, ziarahilah
6)apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya..
ermm.. nampak senang kan??
tapi inilah yang paling susah nak dibuat, kerana syaitan sentiasa menghasut kite untuk tidak melakukan perkara-perkara ni.. kadang-kadang saya sendiri pun tidak dapat melakukan perkara ni.. tapi sebahagiannya dapat la juga saya lakukan.. Alhamdulillah.. !! :)
Saya akhiri entri kali ini dengan lafaz, Assalamualaikum!!

No comments:

Post a Comment