Sunday, 26 May 2013
6 Hak Muslim ke Atas Muslim yang Lain ^^
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... :)
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Alhamdulillah dapat lagi menyebut nama dan memuji nama Allah... Alhamdulillah.. !!
Insya-Allah hari ini saya ingin mengongsikan satu lagi hadith Rasulullah S.A.W..
ni dia..
“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.”
Bertanya para sahabat: “Apakah ia wahai Rasulullah?”
Bersabda Baginda: “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
apa dia? saya senaraikan..
1)Apabila bertemu ucapkanlah salam
2)apabila dijemput, datanglah
3)apabila diminta nasihat, maka nasihatilah dia
4)Apabila dia bersin dan dia mengucapkan 'alhamdulillah' maka doakanlah dia.
5)Apabila dia sakit, ziarahilah
6)apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya..
ermm.. nampak senang kan??
tapi inilah yang paling susah nak dibuat, kerana syaitan sentiasa menghasut kite untuk tidak melakukan perkara-perkara ni.. kadang-kadang saya sendiri pun tidak dapat melakukan perkara ni.. tapi sebahagiannya dapat la juga saya lakukan.. Alhamdulillah.. !! :)
Saya akhiri entri kali ini dengan lafaz, Assalamualaikum!!
Friday, 24 May 2013
Jagalah Auratmu Sayang..^^
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh.. :)
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
sekian lama tak menulis blog, alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulisnya untuk kali ke-3.. Alhamdulillah!!
Entri saya untuk kali ini ingin menyentuh sedikit banyak tentang aurat.
Sepertimana yang kita tahu, aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut. dan perempuan adalah keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. TETAPI!!! perkara ini la yang sangat tidak dipedulikan oleh masyarakat sekarang.Dah tertulis di dalam Al quran yang Allah telah berfirman.
Firman Allah S.W.T
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
dan
Hadith Rasulullah S.A.W
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud
Dah terang! (garang sikit)
Kenapa tak tutup lagi sayang..???
Manusia jika ditanyakan tentang aurat.
kenapa pakai seluar pendek ni?..
Dia jawab Ape?!!
Fesyen la Abang..
AstagfirullahalAzim!!
hanya kerana satu perkataan 'fesyen' boleh menyebabkan kamu tidak menutup aurat?! Kamu ni orang islam, kamu nk ikut cakap Allah Atau 'Fesyen'?
wahai anak-anak muda sekalian..
insaflah,, pulang la ke jalan yang benar.. kamu tidak tutup aurat bukan kamu yang tanggung dosa.. tetapi ibu bapa kamu yang tanggung..
Saya tak nak cakapk panjang,( dah tak de idea.. >_< )
saya akhiri entri ni dengan tasbih kafarah wal surah al-Asr..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... :) jumpe lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)