Saturday, 30 November 2013

Dugaan Kontemporari

Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, masih dapat saya mengarang blog, dan masih dapat anda membaca blog saya, mesti anda hairan, kenapa saya jarang memperbaharui entri dengan kerap.
Sebenarnya saya ini masih memegang status sebagai pelajar. Maklumlah, banyak juga halangan bagi seseorang pelajar untuk meng'update' selalu sesuatu blog. Baru-baru ini, saya telah menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2014, Alhamdulillah, result nya tak la berapa gempak, adalah A nya. hehe. Dalam belajar, terdapat pelbagai dugaan yang timbul, antaranya tidak cukup tidur, tidak faham, kurang faham, tidak cukup masa, dan banyak lagi, biasalah tu, di Zaman Temporari ini,pelbagai dugaan seperti, gangguan persekitaran, gadjet, persahabatan dan banyak lagi, biasalah tu, adalah pepatah bahasa inggeris yang berbunyi ' No Pain No Gain' ha.
Bagitu juga kita dalam misi berdakwah, Mesti banyak dugaan yang muncul, dah nama pun dakwah, kalau tidak lalui jalan yang berliku, bukanlah dakwah namanya. So, janganlah berputus asa dengan dugaan seperti ini. Ingatlah, Allah duga bukan untuk membebankan kita, tapi Allah ingin menguji kita.
Tanda sayangnya Allah kepada hamba-Nya adalah dengan dugaan. So, jangan la berhenti Berdakwah kepada yang ingin berdakwah itu, saya teringat satu pesanan yang berbunyi
'Jika kita berdakwah apabila kita sudah sempurna, nescaya tiadalah dai'e (pendakwah) makan kuranglah orang yang memberi peringatan. (Imam Hasan Al-Basri)
saya akhiri entri kali ini dengan akhir kalam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saturday, 2 November 2013

TEGURAN MUSLIMAH SEJATI

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak meng'update' blog, akhirnya dapat jugak dengan keizinan Allah.
berdasarkan tajuk di atas yang telah dipersetujui oleh hati dan nurani saya, ingin saya ceritakan tentang satu peristiwa yang telah berlaku pada bulan lepas kalau tidak silap, semasa menunggu ketibaan guru untuk memasuki kelas, tiba-tiba seorang sahabat saya memanggil saya yang bernama Miss D, dia cakap pada saya
' faisal, ada seorang ni, budak kelas nasaie, dia cakap kat awok, kalau nak pandang orang, pandang la dengan menggunakan dua mata, bukan hanya satu mata'
mula-mula terpikir jugak, sape la yang aku pandang sebelah mata, tak der pulak aku skodeng orang, selepas beberapa minit kemudian, baru la muncul dalam hati, maksud yang mendalam di sebalik kata-kata itu, bukan la pandangan di situ bermaksud pandangan menggunakan mata, tetapi nilaian seseorang terhadap seseorang, walaupun saya tidak sedar akan nilaian saya keatas yang berkenaan,
saya ingin ucapkan jazakumullahu khairan katsira. teguran itu penuh berharga, bukan calang-calang orang yang dapat menegur dengan berani sebegitu, syabas mujahidah
-syabab SMA Al-Khairiah, Temerloh-

Sunday, 26 May 2013

6 Hak Muslim ke Atas Muslim yang Lain ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... :)
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Alhamdulillah dapat lagi menyebut nama dan memuji nama Allah... Alhamdulillah.. !!
Insya-Allah hari ini saya ingin mengongsikan satu lagi hadith Rasulullah S.A.W..
ni dia..
“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.” Bertanya para sahabat: “Apakah ia wahai Rasulullah?” Bersabda Baginda: “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
apa dia? saya senaraikan..
1)Apabila bertemu ucapkanlah salam
2)apabila dijemput, datanglah
3)apabila diminta nasihat, maka nasihatilah dia
4)Apabila dia bersin dan dia mengucapkan 'alhamdulillah' maka doakanlah dia.
5)Apabila dia sakit, ziarahilah
6)apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya..
ermm.. nampak senang kan??
tapi inilah yang paling susah nak dibuat, kerana syaitan sentiasa menghasut kite untuk tidak melakukan perkara-perkara ni.. kadang-kadang saya sendiri pun tidak dapat melakukan perkara ni.. tapi sebahagiannya dapat la juga saya lakukan.. Alhamdulillah.. !! :)
Saya akhiri entri kali ini dengan lafaz, Assalamualaikum!!

Friday, 24 May 2013

Jagalah Auratmu Sayang..^^

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh.. :) Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. sekian lama tak menulis blog, alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulisnya untuk kali ke-3.. Alhamdulillah!! Entri saya untuk kali ini ingin menyentuh sedikit banyak tentang aurat. Sepertimana yang kita tahu, aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut. dan perempuan adalah keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. TETAPI!!! perkara ini la yang sangat tidak dipedulikan oleh masyarakat sekarang.Dah tertulis di dalam Al quran yang Allah telah berfirman. Firman Allah S.W.T
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
dan
Hadith Rasulullah S.A.W
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud
Dah terang! (garang sikit) Kenapa tak tutup lagi sayang..???
Manusia jika ditanyakan tentang aurat. kenapa pakai seluar pendek ni?.. Dia jawab Ape?!! Fesyen la Abang..
AstagfirullahalAzim!! hanya kerana satu perkataan 'fesyen' boleh menyebabkan kamu tidak menutup aurat?! Kamu ni orang islam, kamu nk ikut cakap Allah Atau 'Fesyen'?
wahai anak-anak muda sekalian.. insaflah,, pulang la ke jalan yang benar.. kamu tidak tutup aurat bukan kamu yang tanggung dosa.. tetapi ibu bapa kamu yang tanggung..
Saya tak nak cakapk panjang,( dah tak de idea.. >_< )
saya akhiri entri ni dengan tasbih kafarah wal surah al-Asr.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... :) jumpe lagi

Saturday, 20 April 2013

Senyum!! :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Alhamdulillah,, bersyukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya, dapat saya menulis blog untuk yg keseterusnya.. Sekian lama memikirkan tajuk kedua ni,, dan akhirnya, dapat jugak!! :) tajuk kedua ialah.... (bunyi drum).. SENYUM!! :) memandangkan orang sekarang jarang sangat senyumnya,, cubalah senyum sikit,, senyum la,,, ha!! kan comel,, macam tu la.. hehe dan pernah tak anda semua dengar orang cakap.. 'senyum itu sedekah..' ha!!.. sebenarnye, ade hadith yang menyuruh kita senyum... ni hadith die..
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)
. ha... nak lagi?? bole..
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.”(HR Muslim)
bukan susah pon nk senyum tu... jangan kita senyum bila kitea senang je.. senyumlah dalam keadaan bermasalah la jugak.. bukan calang2 orang tau bole senyum dalam keadaan bermasalah ni,,
kerane,ade kajian saintis yg mengatakan, senyum ni bole menghilgkn tekanan.. ( ade ke??)) haha..
ok la, saya akhiri cerita saya dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!! :)
)

Ku Mulakan Langkah Dengan Basmalah

  || Bismillahirahmanirrahim ||

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,sekian lama ku pendam hasrat untuk melahirkan sekeping warkah yang mungkin menjadi penerus amal ku sekiranya aku sudah tiada lagi Insya Allah.Bagi aku,aku hanya insan biasa yg hanya ingin mencari redha mu Ilahi. Penghasilan blog ini,ku harapkan bukanlah satu medium yg akan membuat aku bertambah lagho,bahkan aku mengharap blog ini dapat menjadi tempat yg boleh menjadi sumber ilmu dan bukan lah tempat omongan kosong semata. Ilmu! Pentingnya ilmu sehingga boleh mengangkat darjat seseorang. Besarnya kepentingan ilmu dalam kehidupan kita. 

Dari segi faktor usia,bagi sesiapa yg mengenali aku mungkin akan mengatakan aku hanyalah seorang budak yg mentah! Tapi bagi saya usia bukan penghalang untuk menyampaikan dakwah. Kita tahu bahawa kita dituntut untuk berdakwah. 

Segelintir manusia menganggap,bahawa diri mereka tidak layak untuk berdakwah kerana masih kurang ilmu dan tidak sempurna. Tapi sahabat,manusia mana yg sempurna?manusia mana yg ilmu nya lengkap dan banyak? kerana semakin kita belajar semakin kita rasa kurangnya ilmu itu.



Ya Allah,berikan lah aku kekuatan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini,seorang da'ie yg teguh pendirian dan seorang mujahid yg setia.Moga usaha ku ini dipandang oleh mu dan mendapat redha mu Ya Allah .


Sekian untuk warkah yg pertama bagi blog ini.Assalamualaikum