Saturday, 30 November 2013

Dugaan Kontemporari

Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, masih dapat saya mengarang blog, dan masih dapat anda membaca blog saya, mesti anda hairan, kenapa saya jarang memperbaharui entri dengan kerap.
Sebenarnya saya ini masih memegang status sebagai pelajar. Maklumlah, banyak juga halangan bagi seseorang pelajar untuk meng'update' selalu sesuatu blog. Baru-baru ini, saya telah menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2014, Alhamdulillah, result nya tak la berapa gempak, adalah A nya. hehe. Dalam belajar, terdapat pelbagai dugaan yang timbul, antaranya tidak cukup tidur, tidak faham, kurang faham, tidak cukup masa, dan banyak lagi, biasalah tu, di Zaman Temporari ini,pelbagai dugaan seperti, gangguan persekitaran, gadjet, persahabatan dan banyak lagi, biasalah tu, adalah pepatah bahasa inggeris yang berbunyi ' No Pain No Gain' ha.
Bagitu juga kita dalam misi berdakwah, Mesti banyak dugaan yang muncul, dah nama pun dakwah, kalau tidak lalui jalan yang berliku, bukanlah dakwah namanya. So, janganlah berputus asa dengan dugaan seperti ini. Ingatlah, Allah duga bukan untuk membebankan kita, tapi Allah ingin menguji kita.
Tanda sayangnya Allah kepada hamba-Nya adalah dengan dugaan. So, jangan la berhenti Berdakwah kepada yang ingin berdakwah itu, saya teringat satu pesanan yang berbunyi
'Jika kita berdakwah apabila kita sudah sempurna, nescaya tiadalah dai'e (pendakwah) makan kuranglah orang yang memberi peringatan. (Imam Hasan Al-Basri)
saya akhiri entri kali ini dengan akhir kalam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saturday, 2 November 2013

TEGURAN MUSLIMAH SEJATI

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak meng'update' blog, akhirnya dapat jugak dengan keizinan Allah.
berdasarkan tajuk di atas yang telah dipersetujui oleh hati dan nurani saya, ingin saya ceritakan tentang satu peristiwa yang telah berlaku pada bulan lepas kalau tidak silap, semasa menunggu ketibaan guru untuk memasuki kelas, tiba-tiba seorang sahabat saya memanggil saya yang bernama Miss D, dia cakap pada saya
' faisal, ada seorang ni, budak kelas nasaie, dia cakap kat awok, kalau nak pandang orang, pandang la dengan menggunakan dua mata, bukan hanya satu mata'
mula-mula terpikir jugak, sape la yang aku pandang sebelah mata, tak der pulak aku skodeng orang, selepas beberapa minit kemudian, baru la muncul dalam hati, maksud yang mendalam di sebalik kata-kata itu, bukan la pandangan di situ bermaksud pandangan menggunakan mata, tetapi nilaian seseorang terhadap seseorang, walaupun saya tidak sedar akan nilaian saya keatas yang berkenaan,
saya ingin ucapkan jazakumullahu khairan katsira. teguran itu penuh berharga, bukan calang-calang orang yang dapat menegur dengan berani sebegitu, syabas mujahidah
-syabab SMA Al-Khairiah, Temerloh-